
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Jamek tengah hari tadi.
Solat fardu Jumaat telah diimamkan Penolong Imam Bahagian, Ustaz Awang Mohammad Safwan Awang Sefari yang juga turut menyampaikan khutbah bertajuk Koperasi Pemangkin Ekonomi Ummah manakala Ustaz Mohd Shahril Azril Rosli selaku muazin yang bertugas.
Ketibaan Tun Wan Junaidi disambut Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, serta Ketua Pegawai Pengurusan Masjid-Masjid LAKMNS, Abang Bikusary Kadir bersama pegawai-pegawai yang bertugas.

Turut hadir solat berjemaah termasuklah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi sempat bersalam-salaman mengeratkan silaturahim bersama para jemaah dan juga menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak.
Tun Wan Junaidi mendoakan seluruh umat Islam terus hidup harmoni dengan hikmah dan kebaikan serta terus bersatu padu serta dikurniakan keimanan yang teguh, kesihatan yang baik, serta terus mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian.