
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bersarapan bersama Datuk Seri Tan Choo Hua dan rombongan di kediaman rasmi beliau di sini pagi tadi.
Perjumpaan tersebut juga bertujuan untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman Tun Wan Junaidi dalam pelbagai bidang, termasuk perundangan, dasar semasa, isu-isu semasa, hal ehwal pembangunan negara dan usaha memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan rakyat.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan kepada ahli rombongan yang hadir dan mendoakan agar jalinan silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuh dalam suasana harmoni, penuh hormat, dan semangat muhibah yang berkekalan.