Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi adakan kunjungan hormat kepada Presiden Singapura
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi adakan kunjungan hormat kepada Presiden Singapura

Utusan Sarawak 14 hours ago
TUN Wan Junaidi mengadakan kunjungan hormat Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura, hari ini. Foto UKAS

SINGAPURA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengadakan kunjungan hormat Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura, hari ini.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee bersama isteri, Datin Dr Haniza Zainal Abidin.

Semasa ditemui, Annuar memberitahu perbincangan hampir satu jam antara Tun Wan Junaidi dan Presiden Tharman menyentuh usaha memperkukuhkan hubungan dua hala antara Sarawak dan Singapura.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengadakan kunjungan hormat Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura, hari ini. Foto UKAS

“Tun Wan Junaidi mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Singapura dan perbincangan banyak berkisar tentang usaha mempereratkan hubungan Singapura dan Sarawak, khususnya dalam membangunkan negeri,” katanya.

Tambah beliau, Tun Wan Junaidi turut menyatakan pandangan mengenai potensi besar Sarawak, terutama dalam sektor tenaga dan pelancongan.

“Banyak perkara dibincangkan mengenai bagaimana kerjasama antara Singapura dan Sarawak dapat dipertingkatkan pada masa hadapan,” tambahnya.

Kunjungan itu turut disertai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato’ Indera Dr Azfar Mohamad Mustafar.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JBPM bersedia tangani kebakaran kenderaan elektrik
Next: Bintulu Port perkukuh komitmen integriti menerusi ikrar bebas rasuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.