Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Abang Johari teruskan tradisi ‘ngabang’ sempena Gawai Dayak 2025
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Abang Johari teruskan tradisi ‘ngabang’ sempena Gawai Dayak 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkunjung ke rumah mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang (empat kiri) sempena sambutan Hari Gawai hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan tradisi ‘ngabang’ sempena Hari Gawai Dayak 2025 dengan mengunjungi kediaman mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang di Jalan Wan Alwi, di sini hari ini.

Ketibaan kedua-dua pemimpin tertinggi negeri itu disambut mesra oleh Jabu sekeluarga dalam suasana penuh kekeluargaan dan adat.

KUNJUNGAN Hari Gawai barisan pemimpin tertinggi kerajaan Sarawak ke kediaman mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpan (lima kanan) hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah isteri Tun Wan Junaidi, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani  Tun Tuanku Bujang, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan banyak lagi.

Terdahulu, Tun Wan Junaidi dan Abang Johari menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), yang turut dihadiri ribuan rakyat pelbagai kaum.

Sesi kunjungan sempena Gawai hari pertama itu diteruskan ke kediaman Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah di Taman Ricketts pada sebelah petang.

Sambutan Gawai Dayak tahun ini terus menonjolkan warisan budaya masyarakat Dayak di samping mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam semangat perpaduan yang menjadi teras keharmonian negeri ini.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Majlis Rumah Terbuka Gawai 2025, serlah keunikan budaya Sarawak
Next: Tun Wan Junaidi, Abang Johari meriahkan Rumah Terbuka Leonard Linggi sempena Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.