Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Abang Johari meriahkan Rumah Terbuka Leonard Linggi sempena Gawai
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Abang Johari meriahkan Rumah Terbuka Leonard Linggi sempena Gawai

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi tiba di kediaman Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Tun Jugah di Taman Ricketts, hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan kunjungan sempena Hari Gawai Dayak 2025 dengan menghadiri Rumah Terbuka Gawai Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Tun Jugah di Taman Ricketts, hari ini.

KETIBAAN Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Tun Jugah di Taman Ricketts, hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Turut mengiringi Tun Wan Junaidi ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Leonard Linggi dan keluarga, termasuk Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Suasana penuh kemeriahan dan adat turut menyaksikan Leonard Linggi menyampaikan cenderahati kepada Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah sebagai tanda kenang-kenangan.

Sebelum itu, Tun Wan Junaidi dan rombongan turut menghadiri rumah terbuka mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang di Jalan Wan Alwi.

Antara yang turut hadir ke rumah terbuka Leonard Linggi di di Taman Ricketts, hari ini ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki serta beberapa tetamu kenamaan lain.

Kunjungan tersebut menyerlahkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang menjadi teras sambutan Gawai Dayak di Sarawak.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Abang Johari teruskan tradisi ‘ngabang’ sempena Gawai Dayak 2025
Next: Sarawak Energy dan DHL Express meterai MoU perkasa artisan komuniti Bakun, Murum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.