Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi, Abang Johari hadiri sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di Sri Aman
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi, Abang Johari hadiri sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di Sri Aman

Utusan Sarawak 14 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir bagi menyerikan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2026M di Masjid Bahagian Sri Aman, malam ini. Foto UKAS

SIMANGGANG: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir bagi menyerikan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2026M di Masjid Bahagian Sri Aman, malam ini.

Premier Sarawak tiba di masjid tersebut sekitar 5.55 petang bersama anaknya, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tun Wan Junaidi turut tiba bersama isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi sekitar 6.00 petang.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir bagi menyerikan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2026M di Masjid Bahagian Sri Aman, malam ini. Foto UKAS

Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Sarip Adul dengan tajuk ‘Al-Quran Memartabatkan Ilmu, Melestarikan Alam’.

Usai tazkirah, Premier Sarawak telah menyampaikan amanatnya sebelum bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Sarawak 2026, Jubni Sulong sehingga azan Maghrib berkemundang.

Tetamu yang hadir turut berbuka puasa bersama di dalam masjid bersama umat Islam Sri Aman yang hadir sebelum mendirikan solat Maghrib.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir bagi menyerikan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2026M di Masjid Bahagian Sri Aman, malam ini. Foto UKAS

Majlis diteruskan lagi dengan tetamu kenamaan serta yang lain bergerak ke meja makan untuk menikmati juadah berbuka puasa.

Selesai menjamu selera, tetamu kenamaan terus menunaikan solat Isyak diikuti dengan solat sunat Tarawih sebelum menghabiskan majlis dengan jamuan moreh.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan tetamu kenamaan lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 180 kanak-kanak, warga emas, OKU terima sumbangan Aidilfitri KPWKM 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.