SETIAP tahun, sambutan hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di- sambut pada Sabtu dengan tahun ini pada 10 Oktober (hari ini).
Tun Taib dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak sejak 2014, ketika berusia 70-an. Sebelum ini, Tun Taibadalah Ketua Menteri Sarawak selama lebih tiga dekad.
Beliau ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh. Sebelum itu beliau menjadi Ketua Menteri dari 1981 hingga 2014.
Pada 12 Februari 2014 beliau menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak kepada Yang di-Pertua Negeri ketika itu Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.
Maka tamatlah tempoh 33 tahun Tun Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak, satu rekod dengan perkhidmatan paling lama yang mungkin sukar dipecahkan pada masa akan datang.
Beliau menerima pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negeri pada 28 Februari 2014.
ASAL DAN PENDIDIKAN
Tun Taib dilahirkan pada 21 Mei 1936 di Kampung Sungei Merbau, Miri. Bapa beliau, Mahmud Bin Haji Abang Yahya adalah keturunan Pehin Datu Yahya Setia Raja, seorang aristocrat dari Istana Diraja Brunei.
Ketika beliau berusia lima tahun tentera Jepun menyerang Miri pada tahun 1941. Ketika itulah bapa Tun Taib membawa keluarganya ke kampung nenek moyangnya di Mukah.
Selepas Jepun menyerah kalah, keluarga Mahmud kembali semula ke Miri dan Tun Taib bersekolah di Sekolah Melayu Anchi dan kemudiannya di St Joseph’s Primary School di Jalan Merbau.
Sebelum beliau memenangi biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajaran sekolah menengah di St Joseph’s Secondary School di Kuching.
Semasa di bangku sekolah cita-cita Tun Taib ialah untuk menjadi doktor tetapi pamannya, Tun Abdul Rahman Ya’kub mendesaknya untuk menjadi seorang peguam.
Pada 1958 beliau mendapat Biasiswa Colombo Plan dan melanjutkan pelajaran di University of Adelaide di Selatan Australia, sehingga memperolehi Sarjana Perundangan padaSelepas graduansi beliau dilantik
sebagai sekutu Hakim Sir Herbert Mayo di Mahkamah Tinggi Australia Selatan.
Tun Taib kemudiannya melanjutkan pengajian di Harvard International Summer Course.
MINAT
Tun Taib merupakan peminat setia P. Ramlee sehingga sering menyanyikan lagu-lagu seniman agung itu pada kebanyakan majlis rasmi.
Beliau kemudiannya menjadi penaung, pertandingan lagu-lagu P. Ramlee di Kuching. Namun di samping itu mungkin tidak ramai mengetahui bahawa Tun juga amat meminati lagu Secret Love yang dinyanyikan oleh Doris Day.
Minat terhadap lagu tersebut bermula selepas berlaku memori yang tidak dapat beliau lupakan di Kuching sebelum melanjutkan pendidikan ke Australia.
Selain itu beliau meminati Sastera Melayu terutama sekali pantun, di samping seni bangsawan.
Beliau banyak menulis buku terutama sekali tentang Islam.
PENGLIBATAN DALAM POLITIK
Sekembalinya ke Sarawak, Tun Taib bertugas dalam Crown Council dari 1962 hingga Atas desakan pamannya beliau menubuhkan Barisan Ra’ayat Jati Sarawak (BARJASA).
Beliau kemudiannya meletak jawatan dari Crown Council pada 1963 sebaik sahaja dilantik sebagai Naib Pengerusi BERJASA.
Pada Pilihan Raya majlis tempatan 1963 BERJASA memenangi 44 daripada 429 kerusi. Ketika itu Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjadi parti yang menang majoriti yang besar dan Stephen Kalong Ningkan menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama.
Pada 22 Julai 1963 Tun Taib dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya sehingga 1966. Seterusnya pada 1967 Tun Taib dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu, Penghulu Tawi Sli.
Tidak lama selepas itu, Tun Taib dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan di bawah portfolio Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dari 1968 hingga 1970.
Semasa pilihan raya umum 1970 beliau memenangi kerusi Kota Samarahan dan memegang beberapa portfolio seperti Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Asli (1972-1974).
Pada 1980 beliau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebelum mengundur diri dari Kabinet Persekutuan pada Mac 1981 untuk kembali ke Sarawak.
Pada pilihan raya kecil kawasan Sebandi pada Mac 1981 Tun Taib menang tanpa ditandingi. Kawasan itu dikosongkan oleh Datuk Hajah Sharifah Mordiah untuk memberi laluan kepada Tun Taib kembali ke arena politik Sarawak.
Dalam Kabinet Sarawak, Tun Taib pada mulanya dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian. Pada 26 Mac 1981 Tun Abdul Rahman Ya’kub mengosongkan jawatan Ketua Menteri Sarawak untuk menjadi Yang di-Pertua Negeri manakala Tun Taib mengambil alih sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat.