Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Tun Daim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan gagal isytihar harta
  • MAHKAMAH

Tun Daim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan gagal isytihar harta

Utusan Sarawak 6 months ago

Allahyarham Tun Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi membuat perintah itu mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Mahkamah dengan ini memerintahkan Allahyarham Tun Daim dilepaskan dan dibebaskan.

“Mahkamah juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga arwah ditempatkan bersama para solihin,” kata Azura.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak lagi meneruskan prosiding terhadap Daim susulan kematiannya.

“Pihak pendakwaan dengan ini mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah tidak berniat untuk meneruskan prosiding ke atas beliau dan kami serahkan kepada budi bicara mahkamah.

“Kami tidak akan meneruskan prosiding ke atas Tun Daim kerana tertuduh telah meninggal dunia, namun kami ada menerima surat daripada Tetuan Raj & Sach, iaitu mereka membantah untuk memberhentikan prosiding ini,” kata Wan Shaharuddin.

Wan Shaharuddin berkata kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila ada pertuduhan, maka perlu ada pihak yang dituduh,” katanya.

Daim meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, di sini pada 13 Nov lepas.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Abai, dera anak: Ibu kena jel lima tahun
Next: Ah long mengaku bersalah  beri pinjaman wang secara haram didenda RM10,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.