Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Abdullah perkukuh imej Malaysia sebagai negara Islam progresif – Tun Pehin Sri Wan Junaidi
  • SEMASA

Tun Abdullah perkukuh imej Malaysia sebagai negara Islam progresif – Tun Pehin Sri Wan Junaidi

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Pendekatan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan gagasan Islam Hadhari memperkukuh imej Malaysia sebagai negara Islam yang progresif dan sederhana di mata dunia.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009, Allahyarham telah memperkenalkan pelbagai dasar dan pendekatan yang membawa perubahan besar kepada negara.

“Antara sumbangan terpenting beliau ialah pengenalan gagasan Islam Hadhari yang menekankan pembangunan menyeluruh masyarakat Islam, dengan menyeimbangkan kemajuan rohani dan jasmani,” katanya dalam ucapan takziah menerusi akaun rasmi Facebook Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Beliau berkata pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham dikenang sebagai seorang negarawan ulung yang telah mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, kesantunan dan prinsip kepimpinan berteraskan nilai murni.

“Di bawah kepimpinan beliau juga, penekanan terhadap tadbir urus baik, pembangunan insan, dan toleransi antara kaum serta agama terus diperkasakan. Sikap beliau yang sederhana, berjiwa rakyat dan berhemah tinggi sentiasa menjadi teladan kepada pemimpin generasi kini dan akan datang,” tambahnya.

Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di IJN pada 7.10 malam dan perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Instagram.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009 berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak akan perluas program ‘Ngabas Anak Sarawak’ santuni pelajar IPT
Next: Allahyarham Pak Lah diberi istiadat pengebumian negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.