Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tumpu perhatian proses permohonan kewarganegaraan
  • TEMPATAN

Tumpu perhatian proses permohonan kewarganegaraan

Utusan Sarawak 2 months ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Fatimah Abdullah pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Perkara 15A Peringkat Sarawak Bil.1/2025. Foto UKAS

KUCHING: Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Sarawak terus menumpukan perhatian kepada proses pengesahan dan pemudahcara permohonan kewarganegaraan sebelum mengemukakan cadangan kepada pihak berwajib.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, menjelaskan bahawa meskipun jawatankuasa bertanggungjawab meneliti setiap permohonan, keputusan akhir masih tertakluk kepada dasar serta peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita boleh mengemukakan cadangan, tetapi keputusan tetap dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Perkara 15A Peringkat Sarawak Bil.1/2025, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tahun lalu, JKKSK telah mengadakan dua mesyuarat, membentangkan sebanyak 36 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Dalam mesyuarat kali ini, sebanyak 30 permohonan telah dikemukakan, yang terdiri daripada 20 permohonan bagi anak tidak sah taraf, lima anak jagaan, dan lima anak angkat.

JKKSK berperanan memastikan setiap permohonan dikaji secara mendalam sebelum diajukan kepada pihak berkaitan bagi keputusan akhir.

“Langkah ini bertujuan membantu individu yang layak mendapatkan kewarganegaraan dan memastikan isu berkaitan status kewarganegaraan, khususnya melibatkan kanak-kanak di Sarawak, dapat ditangani dengan baik,” tambahnya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SFM anjur kempen derma darah
Next: Teroka potensi akuakultur lestari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.