Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tumpahan minyak punca kemalangan tiga kenderaan di Jalan Betong–Belingan
  • KEMALANGAN

Tumpahan minyak punca kemalangan tiga kenderaan di Jalan Betong–Belingan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEMALANGAN kendiri membabitkan tiga kenderaan yang berlaku di Jalan Betong–Belingan, pagi tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Tumpahan minyak di Jalan Betong–Belingan dipercayai menjadi punca kemalangan kendiri membabitkan tiga kenderaan, iaitu sebuah kereta Proton Saga, sebuah van dan sebuah motosikal, dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.32 pagi tadi.

Sejurus menerima panggilan, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong diketuai Komander Operasi, Abang Jamadil Khir, telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Kenyataan itu memaklumkan, kemalangan berlaku apabila ketiga-tiga kenderaan terbabit dipercayai terbabas ke dalam parit akibat permukaan jalan yang licin susulan tumpahan minyak.

Hasil pemeriksaan awal mendapati seorang mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan Proton Saga dan tidak dapat mengeluarkan diri, selain mengadu mengalami kecederaan disyaki terkehel pada bahu kiri.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak membuka kenderaan dan mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan lebih serius.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan dan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) JBPM turut menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di atas permukaan jalan menggunakan habuk kayu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.