Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tumpahan minyak di Jalan Melayu, BBP Lutong bertindak pantas kawal situasi
  • Utara
  • WILAYAH

Tumpahan minyak di Jalan Melayu, BBP Lutong bertindak pantas kawal situasi

Utusan Sarawak 7 days ago

MEMBERSIHKAN …Pasukan bomba membersihkan tumpahan minyak di Jalan Melayu, Miri, malam tadi. 


MIRI: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai insiden tumpahan minyak yang berlaku di Jalan Melayu, di sini, malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima pada 9.02 malam sebelum sebuah jentera Tender Penyelamat Kebakaran (FRT) Scania dari BBP Lutong bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi.

MEMBERSIHKAN …Pasukan bomba membersihkan tumpahan minyak di Jalan Melayu, Miri, malam tadi. 

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati terdapat tumpahan minyak seperti dilaporkan.

“Komander operasi kemudian menjalankan kerja pembersihan menggunakan tanah dan pasir bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi terkawal pada 9.21 malam dan selesai sepenuhnya pada 9.36 malam.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Cuci Malaysia perkasa semangat kebersihan di BBP Bintangor
Next: Lebih 200 sertai larian keluarga sempena karnival PIBG SK St. Michael Entingan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.