Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tukang perabot didakwa bunuh bekas isteri
  • NASIONAL

Tukang perabot didakwa bunuh bekas isteri

Utusan Sarawak 5 years ago
TUKANG perabot, Oh King Zee, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh bekas isterinya di Taman Ehsan Jaya pada kira-kira 6.00 pagi, 15 Julai lepas.• Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang tukang perabot dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam  atas tuduhan membunuh bekas isterinya semalam.

Tertuduh, Oh King Zee, 33, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom, namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Oh yang mempunyai dua anak didakwa membunuh Goh Jing Pei, 27, di Taman Ehsan Jaya, di sini, pada kira-kira  6.00 pagi, 15 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh diwakili peguam Yap Che Kai.

Mahkamah menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan perubatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu
Next: Abang rentung, adik sempat selamatkan diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.