Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tukang jahit tidak menang tangan terima tempahan
  • TEMPATAN

Tukang jahit tidak menang tangan terima tempahan

Utusan Sarawak 2 years ago

INI HASILNYA... Salmah Masni menunjukkan pakaian yang telah dijahitnya.

KUCHING: Tarikh sesi persekolahan dan sambutan Aidilfitri yang begitu hampir menjadikan seorang tukang jahit di kampung Semunin Jaya, Lundu tidak menang tangan apabila menerima tempahan luar biasa tahun ini.

Salmah Masni, 45, lebih dikenali Kak Sal yang menjalankan perniagaan menjahit sejak 2001 mengakui beliau terpaksa menolak sebahagian tempahan bagi memastikan permintaan pelanggan dapat disiapkan pada waktu ditetapkan.

Di sebalik rungutan kos sara hidup yang semakin membebankan ekoran harga barang yang meningkat, persiapan masyarakat untuk meraikan Aidilfitri dilihat tidak banyak berubah termasuk membuat tempahan baju Raya.

INI HASILNYA… Salmah Masni menunjukkan pakaian yang telah dijahitnya.

“Tahun ini saya mendapat lebih banyak tempahan berbanding tahun sebelum ini dan begitu juga tempahan baju sekolah sehingga saya terpaksa menolak beberapa tempahan bagi menjaga kualiti jahitan dan memastikan dapat menyiapkannya mengikut masa ditetapkan.

“Saya menetapkan untuk menerima 40 hingga 50 pasang pakaian dalam masa tiga bulan di mana saya mampu menyiapkan tiga pasang baju dalam sehari mengikut keadaan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, baru-baru ini.

Bercakap mengenai jenis baju yang sering ditempah, Salmah memberitahu pelanggan pada kebiasannya sering menempah baju kurung dan baju Melayu moden dan juga pakaian mengikut fesyen yang terkenal (trending) pada masa kini.

SIAP… Baju yang telah siap dijahit Salmah Masni.

Menurut Salmah lagi, meskipun kos barangan untuk menjahit juga meningkat, beliau tetap mengekalkan harga jualan memandangkan terdapat pelanggan yang meminta untuk mengurangkan harga.

“Hal ini kerana kain biasanya disediakan oleh pelanggan sendiri dan sekiranya pelanggan tidak sempat menyediakan kain, saya akan membelinya terlebih dahulu.

“Selain itu, saya jarang mengambil tempahan pada saat akhir dan sekiranya tempahan dilakukan pada saat akhir, kos tambahan akan dikenakan,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sarawak kekal 91 orang daripada 18 keluarga pagi ini
Next: Tiga jalan utama di Kuching ditutup sempena perarakan Tokong Seng Ong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.