Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh tangkapan kes dadah dilakukan di Lawas pada hujung minggu
  • JENAYAH

Tujuh tangkapan kes dadah dilakukan di Lawas pada hujung minggu

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUJUH TAHANAN...suspek yang didapati positif dadah dalam ujian air kencing semasa operasi tangkapan dadah di Lawas.

LAWAS: Polis Daerah Lawas telah menahan tiga lelaki bertempat di sebuah pondok di jalan Punang Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan memberitahu tangkapan dilakukan pada 28 Mac 2026 pada jam 11.30 pagi.

“Sepasukan polis telah menahan tiga lelaki tempatan berusia 47 tahun hingga 53 tahun kerja buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Hasil pemeriksaan tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth. Semakan kesalahan lampau mendapati semua saspek tidak mempunyai kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tangkapan seterusnya melibatkan dua lelaki berusia 37 tahun dan 43 tahun, kedua-duanya kerja buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth.

Semakan kesalahan lampau mendapati seorang suspek mempunyai dua kesalahan lampau dan seorang lagi mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Ini diikuti dengan penahanan seorang lelaki berusia 35 tahun dihadapan sebuah rumah tidak bernombor di jalan Sundar , Lawas.

Lelaki berkenaan bekerja sebagai buruh disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hasil pemeriksaan tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth. Semakan kesalahan lampau mendapati mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Seterusnya bertempat di tepi jalan Punang Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun kerja buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan badan dan motosikal yang dinaiki saspek tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth. Semakan kesalahan lampau mendapati saspek  mempunyai 1 kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu pada 26 Mac 2026, pegawai polis yang bertugas di Pusat Panggilan Penipuan Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 menerima laporan daripada seorang pengadu dari Lawas melaporkan telah ditipu jual beli kereta dari media sosial melibatkan kerugian RM 400.00.

Sehubungan itu pihak polis telah menjalankan siasatan mengikut seksyen 420 KK.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Operasi samseng jalanan: Dua ditahan, 65 motosikal disita di Kuching
Next: Operasi bersepadu KPDN-PDRM bongkar stor diesel subsidi haram di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.