Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tujuh rumah di Taman Kelab Ukay retak
  • NASIONAL

Tujuh rumah di Taman Kelab Ukay retak

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 30 Mei -- Ketua Zon Empat Hulu Langat, Penguasa Kanan Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof memantau keadaan kawasan kejadian tanah runtuh yang melibatkan tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Zon Empat Hulu Langat, Penguasa Kanan Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof memantau keadaan kawasan kejadian tanah runtuh yang melibatkan tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penghuni tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay,   Bukit Antarabangsa di sini,   diarah mengosongkan kediaman masing-masing susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat tersebut, awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.21 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 2.33 pagi.

“Seramai 40 penghuni di tujuh rumah berkenaan diarah   mengosongkan kediaman masing-masing susulan terdapat keretakan di bahagian belakang rumah mereka,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, setakat ini semua penghuni tidak dibenarkan berada di kediaman masing-masing sehingga pihak berkuasa tempatan memutuskan tindakan selanjutnya.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku susulan hujan berterusan yang mengakibatkan pergerakan tanah.

“Ini kejadian tanah runtuh paling buruk pernah berlaku kerana sebelum ini hanya kecil   dan ada penduduk di sini yang mengambil insiatif memasang benteng atau penghadang bagi mengelak mendapan tanah atau sebagainya,” kata beliau   yang sudah menghuni di kawasan itu lebih 23 tahun.  

Bagi Sharifah Sawandin, 48, panggilan telefon daripada jirannya kira-kira jam 1.30 pagi mengejutkan mereka sekeluarga apabila dimaklumkan berlaku tanah runtuh di belakang rumahnya.  

“Ketika kejadian kami lima beranak sedang tidur dan jiran menyuruh kami membawa barang keluar, selamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga akur dengan arahan pihak berkuasa supaya penduduk terjejas berpindah sementara operasi membaik pulih dijalankan. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lenggong dicadang jadi Geopark Kebangsaan
Next: AKSEM guna dron pantau sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.