Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tujuh pondok musnah kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Kemuyang
  • KEBAKARAN

Tujuh pondok musnah kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Kemuyang

Utusan Sarawak 4 hours ago
OPERASI… Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Kemuyang, hari ini. Foto BBP Sungai Merah

SIBU: Tujuh pondok pekerja pengutip sampah musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Kemuyang di sini, hari ini.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.29 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan tujuh pintu rumah jenis tidak kekal yang sedang marak terbakar dengan anggaran kemusnahan 100 peratus melibatkan keluasan kira-kira 10 meter kali 30 meter,” katanya dalam satu kenyataan.

OPERASI… Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Kemuyang, hari ini.Foto BBP Sungai Merah

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.06 petang dan operasi ditamatkan pada 2.28 petang selepas kerja-kerja pembersihan menyeluruh selesai dijalankan.

Andy berkata operasi pemadaman berdepan beberapa cabaran antaranya ketiadaan liputan GIRN, tiada sumber air berhampiran serta gangguan liputan NG999 di kawasan kejadian.

“Pasukan bomba terpaksa mendapatkan bekalan air dari pili bomba berhampiran pada jarak kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kebakaran,” katanya.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan tujuh keluarga dengan keseluruhan penghuni terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
Next: Rumah kosong musnah terbakar di Kampung Riam Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.