Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tujuh pertubuhan di Marudi terima peruntukan MRP
  • Utara
  • WILAYAH

Tujuh pertubuhan di Marudi terima peruntukan MRP

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Gerawat Gala menyerahkan cek MRP kepada wakil Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan dan Urusetia Saudara Kita Daerah Marudi, Penghulu Mohd Bujang Majid.

MARUDI: Sejumlah RM53,500 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada tujuh organisasi di daerah ini daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

Antara penerima peruntukan MRP tersebut ialah Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan Marudi (RM5,000), Urusetia Saudara Kita Daerah Marudi (RM3,500), Sarakup Indu Dayak Sarawak Pampang Marudi (RM8,000) dan Unit Saberkas Pekan Marudi (RM3,000).

Pertubuhan lain yang turut menerima ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Engkabang Bukit (RM7,000) serta Jawatankuasa Pembangunan Poyut Lubok Nibong (RM20,000).

Penyerahan cek MRP tersebut disempurnakan semasa beliau menghadiri Program Pra Gawai di Dewan Suarah Marudi, petang semalam.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata peruntukan MRP yang disalurkan itu diharap dapat membantu jawatankuasa pertubuhan terbabit melaksanakan aktiviti masing-masing serta digunakan dengan sebaiknya.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ​RISDA komited bantu 25,000 pekebun kecil Sarawak tingkat taraf hidup
Next: RADDA dan DID laksana projek pembangunan bernilai RM120 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.