Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tujuh pasukan media berentap di Media Sim Racing Grand Prix 2025
  • SUKAN

Tujuh pasukan media berentap di Media Sim Racing Grand Prix 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
JUARA SIM RACING…..Asyraf Halim dari Dayak Daily, bersama Faizal Ahmad dari KDJA dan Roystein Emmor dari The Borneo Post selepas menamatkan saingan akhir Initial M: Media Sim Racing Grand Prix 2025 di Metadise Sim Racing, The Podium, hari ini. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Deruman enjin maya menggamatkan ruang apabila tujuh pasukan media dari seluruh Sarawak berentap dalam saingan akhir Initial M: Media Sim Racing Grand Prix 2025 yang berlangsung di Metadise Sim Racing, The Podium hari ini.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan itu bukan sahaja mempamerkan kehebatan strategi dan kemahiran pemanduan maya, malah membuka lembaran baharu dalam pembangunan sukan digital di negeri ini, khususnya dalam arena e-sim racing.

Presiden Metadise Electronic Sports Club (MESC), Afiq Fadhli Narawi berkata, sim racing mempunyai potensi besar sebagai platform pembangunan komuniti dan bakat, sekali gus memperkukuh agenda digitalisasi Sarawak.

“Sim racing bukan sekadar permainan. Ia menghubungkan masyarakat, melahirkan bakat tempatan dan memberi ruang kepada anak muda untuk mewakili negeri, malah negara di pentas dunia. Platform seperti Metadise Sim Racing menjadi pusat latihan dan kejohanan, menggalakkan penyertaan serta membentuk komuniti yang inklusif,” jelasnya.

SIM RACING…..Saingan akhir Initial M: Media Sim Racing Grand Prix 2025 di Metadise Sim Racing, The Podium, hari ini. Foto: Shikin Mahmud

Beliau menambah, inisiatif Virtual to Reality (V2R) yang diperkenalkan Metadise bakal membuka peluang buat pelumba maya beralih ke litar sebenar.


“Melalui V2R, dedikasi dan latihan dalam dunia maya boleh diterjemahkan ke arena sebenar. Inilah bukti bahawa e-sukan adalah satu bidang sukan yang sah, selain membuka peluang kerjaya dalam e-sukan, kejuruteraan dan teknologi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hazel Communication & Solutions (HazelComms), Hazel Jasni menekankan peranan penting media dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap e-sukan.

“Sering kali e-sukan dianggap ‘sekadar permainan’. Namun, melalui liputan media, kita mampu menonjolkan disiplin, strategi dan inovasi di sebaliknya. Media bukan sahaja mengangkat semangat kesukanan, malah meletakkan Sarawak sebagai pemain baharu dalam pergerakan e-sukan global,” ujarnya.

SIM RACING…..Saingan akhir Initial M: Media Sim Racing Grand Prix 2025 di Metadise Sim Racing, The Podium, hari ini. Foto: Shikin Mahmud

Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo pula menyifatkan penyertaan pasukan media kali ini sebagai pengalaman berharga yang memperkukuh persahabatan dalam kalangan pengamal media.

“Ramai antara kami bermula tanpa pengalaman, namun dalam masa sebulan mampu menguasai litar maya. Acara ini membuktikan bahawa di sebalik penulisan berita, wartawan juga bersedia menyahut cabaran baharu,” katanya yang berharap pertandingan itu dijadikan acara tahunan.

Saingan akhir menyaksikan Asyraf Halim (Dayak Daily) muncul juara, manakala tempat kedua dimenangi Faizal Ahmad (KDJA) dan tempat ketiga diraih Roystein Emmor (The Borneo Post). Anugerah Best Driver pula disandang Alverdtekoster (Sarawak Tribune).

Dengan sokongan strategik pelbagai pihak, penganjuran ini dilihat sebagai pemangkin kepada pembangunan ekosistem sukan digital di Sarawak, sekali gus mengangkat nama negeri ini di peta e-sukan antarabangsa.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Anfield saksi episod penuh drama Arsenal-Liverpool
Next: Kejohanan Pra Terbuka Boling Tenpin Antarabangsa Sarawak 2025 serlahkan bakat muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.