Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tujuh orang terselamat Vellfire terbabas, langgar pembahagi jalan
  • KEMALANGAN

Tujuh orang terselamat Vellfire terbabas, langgar pembahagi jalan

Utusan Sarawak 5 months ago

SKRANG: Tujuh penumpang termasuk pemandu hanya mengalami cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Pan Borneo berdekatan Kampung Pentik, dekat sini petang semalam. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan sekitar jam 4.19 petang berhubung kemalangan tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian, di dapati sebuah kereta jenis Toyota Vellfire terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan penilaian awal, dan mendapati terdapat seorang mangsa berada di dalam kereta tersepit dan enam mangsa lainnya berjaya keluar dibantu oleh orang awam.  

“PKO mengarahkan pasukan khas untuk masuk ke dalam kereta bagi melakukan perawatan awal dengan memasang kolar serviks,” katanya.

PGO berkata, PKO terus melakukan operasi dengan mengumpil pintu bahagian belakang (bonet) untuk membuka ruang kerja bagi mengeluarkan mangsa.

“Setelah pintu bonet berjaya dibuka dengan peralatan khas, PKO terus mengeluarkan mangsa dengan menggunakan papan tulang belakang dan seterusnya membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Katanya, mangsa cuma mengalami kecederaan ringan. 

PKO membuat kerja-kerja pembersihan jalan bekas kemalangan sehingga keadaan terkawal.

Continue Reading

Previous: Mayat mangsa jatuh sungai, ditemukan pagi ini
Next: Tiada petunjuk mangsa dikesan, operasi cari warga Thai dihentikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.