
Fighters loyal to the UN-recognised Libyan Government of National Accord (GNA) recapture the capital Tripoli International Airport on June 3, 2020 following clashes with rival forces loyal to strongman Khalifa Haftar. - Forces backing Libya's unity government said they had reseized the capital Tripoli International Airport, held since 2019 by rival forces backing Khalifa Haftar, the latest in a string of defeats for the eastern-based military commander. Libya's main civilian airport, lying on key highway on the capital's southern edges, had been closed since being heavily damaged in 2014 clashes. (Photo by - / AFP)

TRIPOLI: Tujuh orang termasuk orang awam terbunuh akibat letupan periuk api di pinggir ibu negara Libya, menurut Kerajaan Gabungan Libya (GNA).
Mereka yang terbunuh iaitu empat orang awam dan tiga pakar pembersih periuk api di beberapa lokasi di selatan Tripoli termasuk 10 yang lain cedera.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Amin al-Hashemi, alat-alat itu telah dimatikan di daerah Ain Zara dan Wadi Rabi di pinggir selatan ibu kota, yang dikawal oleh pasukan yang menyokong orang kuat tentera timur, Khalifa Haftar.
Letupan itu berlaku beberapa hari selepas GNA menyatakan kembali menguasai ibu kota dan pinggir bandarnya selepas menangkis serangan Haftar sepanjang tahun untuk merebut ibu negara.
Pemantau Hak Asasi Manusia awal bulan ini menuduh pasukan pro-Haftar meletakkan periuk api Russia dan Soviet di daerah selatan Tripoli.
Baru-baru ini, misi PBB Libya menyuarakan keprihatinan terhadap laporan bahawa penduduk kawasan Ain Zara dan Salahuddin di Tripoli telah terbunuh atau cedera oleh alat peledak yang diletakkan dekat kediaman mereka.
Pasukan Pro-Haftar, yang disokong oleh Russia, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu, telah bertempur sejak April tahun lalu untuk merebut Tripoli dari GNA yang diiktiraf oleh PBB hingga menyebabkan ratusan orang mati dan memaksa 200,000 meninggalkan rumah mereka.
Kemajuan pesat Haftar di Tripoli turut terhenti, tetapi dalam beberapa minggu kebelakangan ini pasukan GNA yang disokong Turki telah berjuang untuk mendapatkan kembali kawalan di seluruh barat laut negara itu.
Ini adalah kali terakhir dalam beberapa tahun keganasan berikutan penggulingan dan pembunuhan diktator lama Muammar Gaddafi pada tahun 2011 dalam pemberontakan yang disokong oleh Barat. – AFP