Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tujuh menteri, lapan timbalan menteri angkat sumpah hari ini
  • NASIONAL

Tujuh menteri, lapan timbalan menteri angkat sumpah hari ini

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh menteri serta lapan timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, dijangka berlangsung di Istana Negara, di sini, pagi ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.

Antara rombakan itu ialah pelantikan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Rombakan turut menyaksikan enam timbalan menteri dan seorang muka baharu dinaikkan sebagai menteri penuh termasuk Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang dilantik sebagai Menteri Ekonomi, manakala Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari menjadi Menteri Belia dan Sukan yang baharu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Banjir: Sarawak dan Terengganu pulih, mengsa meningkat di Pahang
Next: Tujuh menteri, lapan timbalan menteri selesai angkat sumpah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.