Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tujuh maut akibat Taufan Melissa di Jamaica
  • GLOBAL

Tujuh maut akibat Taufan Melissa di Jamaica

Utusan Sarawak 18 hours ago
SEORANG lelaki berjalan di Kingston, Jamaica, ketika Taufan Melissa menghampiri, Selasa, 28 Oktober 2025.

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh di seluruh utara Caribbean apabila Taufan Melissa kategori 5 melanda pantai barat daya pulau Jamaica pada Selasa, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Kematian dilaporkan di beberapa negara termasuk Haiti, Republik Dominika dan Jamaica, menurut laporan media tempatan.

Pada 2.00 petang waktu tempatan (1900 GMT), mata hurikan itu berada di barat Jamaica dan bergerak ke arah utara-timur laut pada kelajuan kira-kira 13 km/j, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

Teras Taufan Melissa dijangka bergerak merentasi tenggara Cuba awal pagi Rabu dan melintasi kawasan tenggara atau tengah Bahamas pada hari yang sama, menurut pusat berkenaan.

SEORANG lelaki memerhatikan garis pantai di Kingston, Jamaica, ketika Taufan Melissa menghampiri, Selasa, 28 Oktober 2025.

Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness berkata di platform X bahawa Taufan Melissa dijangka membawa jumlah hujan antara 350 hingga 750 milimeter di beberapa bahagian Jamaica dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Banyak jambatan dan jalan raya di seluruh negara dilanda banjir, termasuk beberapa laluan utama yang menghubungkan kawasan pedalaman, menurut Agensi Kerja Raya Kebangsaan Jamaica dalam beberapa hantaran di media sosial.

Perintah pemindahan wajib telah dikeluarkan bagi kawasan di Jamaica termasuk Kingston, Clarendon, St Catherine dan St Andrew.

Sekitar 1.5 juta penduduk di Jamaica dijangka terjejas secara langsung, manakala pegawai Cuba pada Isnin memaklumkan bahawa lebih 600,000 orang sedang dipindahkan.

Pergerakan perlahan Taufan Melissa dijangka menyebabkan hujan lebat berpanjangan di beberapa kawasan, sekali gus meningkatkan risiko banjir besar dan tanah runtuh. -Bernama-XINHUA

Continue Reading

Previous: 26 cedera akibat panik selepas gempa bumi landa Turkiye
Next: Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh di Tengah Sudan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.