
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala lima lagi cedera apabila runtuhan salji melanda Laluan Zojila, laluan gunung tinggi berhampiran Kashmir di bawah kawalan India, kata seorang pegawai tempatan hari ini, lapor Xinhua.
Beberapa kenderaan turut terperangkap di bawah timbunan runtuhan akibat bencana alam itu. Kejadian itu menyebabkan lebuh raya berkenaan terhalang sepenuhnya, menurut laporan media.
Menurut laporan terkini, kerja menyelamat selesai selepas mayat mangsa berjaya ditemukan dan mereka yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan.
-Bernama