Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh lelaki ditahan terlibat perjudian ‘Holo’ di Pekan Engkilili
  • JENAYAH

Tujuh lelaki ditahan terlibat perjudian ‘Holo’ di Pekan Engkilili

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITANGKAP… Tujuh lelaki tempatan ditangkap polis dalam satu operasi OP Limau/Dadu yang dilancarkan pasukan polis IPD Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Tindakan tujuh lelaki tempatan yang asyik mempertaruhkan nasib dalam permainan judi Hoo Hey Haw atau lebih dikenali sebagai ‘Holo’ mengundang padah apabila mereka ditangkap dalam serbuan di rumah kedai dua tingkat di Pekan Engkilili semalam.

​Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu berkata, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 48 tahun itu ditahan oleh pasukan polis melalui operasi khas OP Limau atau OP Dadu. 

Serbuan tersebut diketuai oleh Inspektor Jefferson Junit Sebastian dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lubok Antu yang turut berjaya merampas pelbagai peralatan perjudian serta sejumlah wang tunai di lokasi kejadian.

​Hasil semakan lanjut mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah lain, namun ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas kesemua individu tersebut menunjukkan keputusan negatif. 

DITANGKAP… Tujuh lelaki tempatan ditangkap polis dalam satu operasi OP Limau/Dadu yang dilancarkan pasukan polis IPD Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

​IPD Lubok Antu menegaskan bahawa operasi membanteras aktiviti perjudian akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di seluruh daerah tersebut sentiasa terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

​Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat serbuan IPD Sri Aman tumpaskan judi haram, empat individu ditahan
Next: Judi atas talian, seorang lelaki warga emas ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.