Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh lelaki ditahan serbuan dadah di Kampung Serikin
  • JENAYAH

Tujuh lelaki ditahan serbuan dadah di Kampung Serikin

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUSPEK ditahan dan dadah dirampas di Kampung Serikin awal pagi tadi. Foto IPD Bau

BAU: Tujuh lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi membanteras dadah di sekitar Kampung Serikin awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata operasi tersebut dijalankan antara 5.45 pagi hingga 6.30 pagi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Menurut beliau, pemeriksaan telah dijalankan ke atas tujuh lelaki dalam operasi berkenaan.

“Salah seorang suspek didapati memiliki satu keranjang timah berwarna merah dan perak yang mengandungi lima biji pil Eramin 5 serta satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai syabu.

 Suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua tujuh suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah,” katanya lagi.

Jumlah rampasan dadah adalah seberat 2.01 gram dengan anggaran nilai pasaran RM230.

Haide berkata dua suspek mengaku mengambil syabu dua hari sebelum ditangkap manakala lima lagi mengaku mengambil dadah tersebut sehari sebelum ditahan.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau kerana memiliki dadah akan direman esok bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.