Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tujuh kenderaan rosak dalam kemalangan di Jalan Wong Soon Kai
  • KEMALANGAN

Tujuh kenderaan rosak dalam kemalangan di Jalan Wong Soon Kai

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEADAAN kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Sibu. Foto Bomba

SIBU: Tujuh kenderaan mengalami kerosakan teruk selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Wong Soon Kai di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Boniface Bajai berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 9.55 malam.

Beliau berkata, kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan serius, namun semua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan teruk pada bahagian badan.

Tambahnya lagi, pemandu terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan dan ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine.

Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya di jalan awam.

Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, selain hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga kenderaan terlibat kemalangan di Jambatan Batu Kawa, tiada mangsa cedera
Next: Lelaki dikhuatiri lemas ditemui meninggal dunia di Sungai Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.