Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat, Lundu tertinggi 173

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 11.00 pagi. Sumber NREB

KUCHING: Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 11.00 pagi tadi, dengan Lundu kekal mencatat bacaan tertinggi iaitu 173.

Berdasarkan data Indeks Pencemar Udara Sarawak, enam kawasan lain yang berada dalam kategori tidak sihat ialah IPD Serian dengan bacaan 161, diikuti Lubok Antu (159), Kuching (157), Sri Aman (154), Mukah (152) dan Samarahan (102).

Sementara itu, sebanyak 11 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bintulu dan Tebedu masing-masing mencatat bacaan 98, diikuti Sibu (97), Sarikei (93), Samalaju (87), ILP Miri (84), Miri (83), Lawas (82), Limbang (74), Bario (68) dan Kapit (64).

Bacaan terkini menunjukkan peningkatan di beberapa kawasan berbanding 8.00 pagi, antaranya Lundu yang meningkat daripada 169 kepada 173, IPD Serian daripada 156 kepada 161 dan Kuching daripada 154 kepada 157.

Mukah pula mencatat peningkatan ketara, daripada 106 pada jam 8 pagi kepada 152 setakat 11.00 pagi tadi.

Dalam tempoh yang sama, bacaan IPU di Samarahan menunjukkan penurunan daripada 113 kepada 102, manakala Sri Aman meningkat sedikit daripada 152 kepada 154.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sebagai sederhana, 101 hingga 200 sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi termasuk mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di kawasan yang mencatatkan tahap pencemaran udara tidak sihat.

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan