Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tujuh acara utama sempena sambutan perayaan hari lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri
  • TEMPATAN

Tujuh acara utama sempena sambutan perayaan hari lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada sidang media di Hotel Grand Margherita, hari ini.

KUCHING: Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan berlangsung meriah di sini dari 9 hingga 12 Oktober depan dengan pelbagai acara rasmi penuh istiadat dan penghormatan negeri.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sambutan tahun ini menghimpunkan pemimpin negeri, pembesar negeri serta masyarakat sebagai tanda kasih sayang dan penghormatan kepada Tun Wan Junaidi. 

“Penganjuran tahun ini akan disertai pelbagai lapisan masyarakat selain memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk bersama-sama menunjukkan kasih dan penghormatan kepada Tuan Yang Terutama,” katanya pada sidang media di Hotel Grand Margherita, hari ini. 

Antara tujuh acara utama yang bakal berlangsung termasuk Majlis Kesyukuran pada 9 Oktober di Masjid Jamek Negeri Sarawak yang dijangka menghimpunkan 3,000 jemaah, diikuti Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain pada 10 Oktober di Hotel Imperial Kuching. 

Kemuncak sambutan akan diadakan pada 11 Oktober bermula dengan Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa di Padang Merdeka pada sebelah pagi yang dijangka menarik kehadiran 10,000 orang. 

Pada hari yang sama, berlangsung Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri, disusuli Majlis Jamuan Negeri di Dewan Santapan DUN Sarawak pada sebelah malam.

Selain itu, sebagai usaha melibatkan seluruh rakyat, Konsert Rakyat di Padang Merdeka Konsert akan diserikan dengan persembahan artis tempatan dan Semenanjung serta pertunjukan bunga api yang dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung. 

Sambutan akan melabuhkan tirai pada 12 Oktober dengan Majlis Jamuan Teh di Hotel Riverside Majestic yang turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada kira-kira 120 anak yatim dan asnaf.

“Kehadiran rakyat di Padang Merdeka pada 11 Oktober untuk istiadat perbarisan pada pagi dan Konsert Rakyat pada malam hari akan menjadi lambang kesetiaan serta penghormatan kepada Tuan Yang Terutama,” ujarnya.

Menurut Abdul Karim, Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, akan hadir ke semua acara rasmi berkenaan. Turut dijangka hadir ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Chong Chieng Jen lodges police report over water disruption
Next: Pendekatan teknologi alternatif strategi Sarawak perluas akses air bersih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.