“Jumpa Negeri Sembilan FC bukan tiket sebelum main dah kalah” Itu cabaran yang dilontar Irfan Bakti Abu Salim kepada barisan pemain sebelum Kuching City FC menjelang aksi yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang petang ini.
Irfan berkata, walaupun Negeri Sembilan FC hadir dengan prestasi terbaik, namun ia tidak bermakna pasukannya mengaku kalah lebih awal sebelum turun berjuang.
“Permainan bola sepak dalam padang ni (berkisar) 90 minit, kalau pemain kerja betul-betul ikut taktikal dan bermain penuh semangat, kita akan mengecapi kejayaan dan pemain harus meraikannya,” katanya.
Menurut Irfan, jadual perlawanan Kuching City memberi kelebihan kepada pasukan Negeri Sembilan FC kerana pasukan bimbinganya kini ‘kurang rehat’ ekoran bermain banyak perlawanan dalam masa yang singkat.
Beliau akui perlawanan menentang Negeri Sembilan adalah sukar dan pasukan pelawar itu mempunyai kelebihan berehat lebih sehari berbanding Kuching City.
“Negeri Sembilan dapat rehat yang bagus. Lebih sehari daripada kami. Saya rasa tidak ada pasukan bola sepak dalam dunia ini bermain tiga perlawanan dalam sepuluh hari.
“Tetapi, sebab kami tak dapat bermain hari itu, jadi kita kena ikut jadual yang disediakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),” ujar Irfan.
Kuching City kini mempunyai baki tujuh perlawanan dalam tangan kerana tidak dapat bermain ekoran pandemik Covid-19 dan peraturan ketat pembendungan Covid-19 di Sarawak sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Irfan turut mendedahkan pasukannya menentang Negeri Sembilan FC tidak akan menurunkan pemain pertahanan tengah mereka, Mohammad Hairol Mokhtar kerana masih sakit.
Aksi petang ini, Irfan bakal bakal menurunkan kesebelasan utama yang terbaik yang terdiri daripada dua gandingan import baahguan serangan Michael Chukwubunna Ijezie dan Hudson Dias, selain Joseph Kalang Tie, Ramesh Lai Ban Huat, Yuta Suzuki, Aylton Alemao, Adam Shreen Tambi, Mazwandi Zakeria serta penjaga gawang berpengalaman, Wan Muhd Azraie Wan Teh.
Oleh ADI SAFARMAN