Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TUDM laksanakan misi hantar bekalan makanan
  • TEMPATAN

TUDM laksanakan misi hantar bekalan makanan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berjaya melaksanakan empat lagi penerbangan menghantar bekalan makanan asas kepada golongan sasaran di kawasan pedalaman Sarawak kelmarin.

Penghantaran makanan berkenaan adalah usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Berdasarkan kenyataan dari TUDM kelmarin, penerbangan yang melibatkan dua set kru anak kapal dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan yang diterbangkan oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang dan Mej Frezal bin Raynol.

“Penghantaran telah dibuat ke kawasan pedalaman Sarawak iaitu ke Long Lellang, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Kelabit serta ke Patik dan Ba Lai.

“Terdahulu, kerja-kerja membawa bekalan makanan asas ke dalam helikopter EC 725 AP dilakukan di Lapangan Terbang Miri bermula seawal jam 7 pagi Isnin dengan kerjasama anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah naungan Markas Pemerintahan Medan Timur,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, manakala pada Ahad, empat penerbangan yang pertama telah dilaksanakan bagi menghantar bekalan makanan asas ke Bario, Miri.

“TUDM khususnya akan terus komited dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan demi mengutamakan kesejahteraan rakyat terutamanya semasa krisis COVID-19.

“Semoga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh warga kerja TUDM ini dan ATM amnya membolehkan orang ramai mendapat manfaat dan terus mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menghentikan wabak Covid-19 dari merebak,” tambahnya.

Continue Reading

Previous: Ta Ann Group of Companies dan Naim Group of Companies sumbang dana untuk JPBN Sarawak
Next: 12 gelandangan diselamatkan bendung Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.