Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tubuhkan pusat pemulihan dadah untuk wanita
  • TEMPATAN

Tubuhkan pusat pemulihan dadah untuk wanita

Utusan Sarawak 4 years ago
SIDANG MEDIA… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika memberi penerangan sewaktu sidang media mengenai PEMADAM di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

KUCHING: Kerajaan digesa untuk menubuhkan pusat pemulihan dadah untuk wanita di Sarawak.

Menurut Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ketiadaan pusat pemulihan dadah untuk wanita di Sarawak menyukarkan proses pemulihan dijalankan dengan efektif.

“Setakat ini, Sarawak tidak mempunyai pusat pemulihan yang dikhaskan untuk wanita dan setelah ditahan, mereka akan dihantar ke pusat pemulihan di Bachok, Kelantan.

“Oleh yang demikian, ia agak sukar untuk ahli keluarga datang untuk menjeguk bagi memberikan sokongan moral terhadap mereka sedangkan kita tahu sokongan moral daripada pihak keluarga atau saudara amat penting dalam proses pemulihan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai PEMADAM di sebuah hotel yang terkemuka, di sini, semalam.

Tambahan itu, beliau yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan Sarawak berkata tragedi yang berlaku di Miri pada Januari 2021 perlu dijadikan pengajaran agar ia tidak berulang kembali.

“Meskipun pesalah lelaki dan perempuan diletakkan di dalam sel yang berasingan, akan tetapi kita tidak dapat menjangka perkara yang akan berlaku seperti lokap Balai Polis Pusat Miri di mana seorang tahanan remaja perempuan berumur 16 tahun dirogol oleh tahanan lelaki dari sel yang berasingan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah yang lebih baik dan selamat adalah dengan meletakkan tahanan yang berbeza jantina di tempat yang berasingan bagi mengelakkan tragedi seperti ini berulang kembali,” jelasnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: PERKENAL PAKEJ INSENTIF BAHARU
Next: Salur peruntukan program bekalan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.