Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tuai rumah, ketua kaum perlu bekerjasama
  • TEMPATAN

Tuai rumah, ketua kaum perlu bekerjasama

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Temenggong Utong Singan (tengah), Penghulu Chabi Nangup (kanan) dan Penghulu Man Imbak (kiri) merakam gambar kenangan selepas sidang media di Pejabat Ketua Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu.

BINTULU: Semua pemimpin akar umbi khususnya tuai rumah dan ketua kaum digesa untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha memastikan wabak Covid-19 dapat dibendung melibatkan kawasan jagaan masing-masing.

Ketua Masyarakat Temenggong Utong Sigan berkata, bagi memastikan penularan wabak tersebut dapat diputuskan di Bintulu, ia amat bergantung pada kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pemimpin akar umbi dan penduduk setempat.

“Sebagai Ketua Masyarakat, kita menggesa semua tuai rumah dan ketua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang untuk memainkan peranan masing-masing dengan kerjasama penduduk setempat untuk mengambil langkah proaktif lagi berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pejabat Ketua Masyarakat di Pejabat Daerah Bintulu, Selasa lepas.

Menurutnya, salah satu langkah yang perlu diambil iaitu sentiasa mengingatkan anak buah di bawah jagaan masing-masing sentiasa mengambil berat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Justeru, beliau menyarankan supaya tuai rumah dan ketua kaum juga sama memantau pergerakan penduduk serta mengingatkan mereka untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Semua penduduk khususnya di Bahagian Bintulu diingatkan supaya menjaga diri sendiri dengan menjaga jarak, kebersihan diri, mengelak di tempat sesak dan sebagainya.

“Ini termasuk mengurangkan aktiviti sosial seperti berkumpul atau berkunjung antara satu sama lain,” katanya.

Jelasnya, langkah tersebut bukan sahaja untuk menjaga diri sendiri tetapi menjaga keluarga dan orang lain daripada penularan wabak tersebut.

Dalam pada itu, beliau yakin dengan peranan yang diambil semua pihak termasuk usaha petugas barisan hadapan sudah pasti rantaian wabak Covid-19 di Bintulu dapat diputuskan.

Turut hadir semasa sidang media Penghulu Chabi Nangup dan Penghulu Man Imbak.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Rumah Jiram terima bantuan makanan
Next: SUBURKAN AMALAN MEMBACA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.