Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tuai rumah buat laporan polis
  • TEMPATAN

Tuai rumah buat laporan polis

Utusan Sarawak 5 years ago

BATU NIAH : Dua Tuai Rumah di Suai, Niah, buat laporan polis penularan sebuah video pendek pergaduhan di ‘facebook’ yang mendapat perhatian dan pelbagai komen yang membabit Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena semalam.

Dua laporan polis itu dibuat di Balas Polis Batu Niah secara berasingan semalam oleh Tr. Boniface Bada dan Tr. Baranyai Siang yang menzahirkan rasa kecewa mereka mengenai komen di ‘facebook’ individu.

Menurut laporan Tr. Boniface Bada, komen dalam ‘facebook’ berkenaan mendakwa kejadian berlaku di rumah panjang ADUN Kemena, Dato Sri Dr. Stephen Rundi dan semasa kejadian Stephen Rundi turut berada di situ.

Selain itu, rakaman suara tentang kejadian itu juga mengakatakan berlaku di tempat yang sama dan apa yang dikomen dan rakaman suara itu adalah tidak benar dan merupakan fitnah belaka, jelas beliau dalam laporan polis.

Sehubungan itu, dengan rasa tidak puas hati mengenai berita palsu dan fitnah itu, beliau (Tr. Boniface) mohon pihak polis untuk mengambil tindakan dan siasatan lanjut.

Sementara itu, Tr. Baranyai Siang di Suai dalam laporannya berkata, beliau telah menerima pesanan ringkas ‘Whatsapp’ daripada Tr. Boniface Bada semalam tentang rakaman video diviralkan di ‘facebook’ menyatakan berlaku di Rumah Panjang Baranyai.

Laporan Tr. Baranyai Siang menceritakan bahawa rakaman itu dilakukan oleh penduduknya sehingga beliau tidak puas hati dan merasa malu dengan banyak komen negatif.

Beliau yang juga ketua kampung di situ telah dianggap salah daripada pelbagai pihak dan mohon pihak berkuasa polis untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut.

Antara pelbagai komen ialah kejadian berpunca daripada pembahagian bantuan bekalan makanan dan penduduk yang tampil mendapatkan bantuan dirakam sehingga pihak tertentu tidak puas hati tercetusnya pergaduhan.

Dalam video tersebut kelihatan lebih 10 penduduk rumah panjang bergelutan, sambil yang lain melarang dan memegang kayu panjang.

Continue Reading

Previous: PBSM Limbang sumbang 4,000 unit penutup mulut, hidung
Next: Tindakan keras terhadap pesalah langgar PKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.