JERTIH: Petani, Azizan Mat Zin, 31, menunjukkan sekitar tiga tan ubi kayu yang dituai bagi memenuhi permintaan yang tinggi sepanjang musim tengkujuh ketika ditemui di gerai jualannya di Kampung Pinang di sini.
Beliau menanam pelbagai jenis ubi kayu di tanah seluas 11 hektar yang dijangka akan mengeluarkan hasil kira-kira 200 tan. Jualan ubi kayu sangat laris setiap kali musim tengkujuh. Azizan akan menjual ubi-ubi berkenaan di Kampung Pinang di sini. – Bernama