Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tsong melawat PPS Dewan Mutiara Ilmu, SMK Bukit Assek
  • Tengah
  • WILAYAH

Tsong melawat PPS Dewan Mutiara Ilmu, SMK Bukit Assek

Utusan Sarawak 6 hours ago
TURUN PADANG… Tsong Chow Choon melawat mangsa di PPS Dewan Mutiara Ilmu, SMK Bukit Assek, hari ini.

SIBU: Pegawai Daerah Sibu yang baharu, Tsong Chow Choon turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mutiara Ilmu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek, hari ini.

Menurutnya, lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memantau operasi PPS sebaik sahaja melaporkan diri bertugas.

Katanya, keadaan cuaca masih dipantau dan pihaknya berharap hujan akan segera reda bagi membolehkan PPS ditutup sekiranya paras air menunjukkan trend menurun.

“Sekiranya hujan berhenti dan air surut, pusat ini akan ditutup. Buat masa ini, kita masih memantau keadaan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan pihak pejabat daerah akan melawat kediaman mangsa bagi menilai tahap kerosakan serta situasi sebenar di lapangan.

“Difahamkan masih terdapat sedikit banjir di atas jalan dan keadaan rumah mangsa masih belum dapat dipastikan. Lawatan ke rumah mangsa akan dilakukan,” ujarnya.

PPS Dewan Mutiara Ilmu, SMK Bukit Assek dibuka pada 2.30 petang Ahad lalu. Setakat 8.30 pagi tadi, PPS Bukit Aasek menempatkan seramai seorang Ketua Isi Rumah (KIR) bersama enam mangsa.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei tingkat kesiapsiagaan sepanjang MTL
Next: Tabung Darah Hospital Miri pelawa kerjasama anjur kempen derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.