Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Trup 9 RS gagalkan cubaan seludup rokok dan arak di sempadan Limbang
  • JENAYAH

Trup 9 RS gagalkan cubaan seludup rokok dan arak di sempadan Limbang

Utusan Sarawak 2 days ago
OPERASI BANTERAS…Rokok dan minuman keras berjaya dirampas oleh Batalion Kesembilan Rejimen Sempadan (9 RS) ketika rondaan di kawasan sempadan Limbang, pagi tadi.

LIMBANG: Kejayaan membanteras aktiviti penyeludupan sekali lagi dibuktikan apabila Trup Batalion Kesembilan Rejimen Sempadan (9 RS) berjaya merampas 680 karton rokok dan 16 karton minuman keras bernilai RM139,228.30 dalam satu operasi berhampiran kawasan sempadan Limbang, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Sel Risik Markas 9 Briged, operasi yang dilaksanakan sekitar 2.00 pagi itu turut membawa kepada penahanan seorang individu tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan tersebut.

“Pasukan telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan yang sedang menuju ke arah sebuah jeti berhampiran sempadan ketika rondaan sedang dijalankan,” kata kenyataan itu.

Hasil pemeriksaan mendapati individu terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai cuba menyeludup barangan larangan melalui laluan sungai.

Rampasan melibatkan 680 karton rokok pelbagai jenama, 16 karton minuman keras, serta sebuah kenderaan digunakan untuk kegiatan penyeludupan.

Semua barangan dan suspek telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan sama menegaskan komitmennya dalam memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan sempadan bagi mengekang sebarang bentuk jenayah rentas sempadan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Panglima 9 Briged, Brigadier Jeneral Jafri Sulaiman, bersama seluruh warga briged turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Trup 9 RS atas kejayaan yang disifatkan sebagai satu usaha murni dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara di persempadanan.

Oleh Adeng Edrus 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspect in shooting remanded after a woman shot dead in Serian  
Next: Kastam Sarawak gagalkan dua cubaan seludup dadah bernilai lebih RM7 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.