

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif 50 peratus ke atas kabinet dapur, set bilik air dan produk berkaitan berkuat kuasa 1 Oktober, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Kami akan mengenakan tarif 50 peratus ke atas semua kabinet dapur, set bilik air dan produk berkaitan bermula 1 Oktober 2025.
“Selain itu, kami juga akan mengenakan tarif 30 peratus ke atas perabot upholsteri.
“Ini kerana berlaku ‘LAMBAKAN’ besar-besaran produk ini ke Amerika Syarikat oleh negara luar.
“Ia adalah amalan yang sangat tidak adil bagi proses pembuatan kami, tetapi kami mesti melindungi, atas sebab keselamatan negara dan lain-lain,” tulis Trump di platform Truth Social. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti