Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump umum kenakan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal
  • GLOBAL

Trump umum kenakan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal

Utusan Sarawak 3 days ago
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis mengumumkan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal muali 1 Oktober.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis mengumumkan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal muali 1 Oktober, yang boleh dielakkan oleh pengeluar sekiranya mereka membina kemudahan pengeluaran di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump mentakrifkan pembinaan loji farmaseutikal sebagai sama ada “pecah tanah” atau sedang “dalam pembinaan.”

“Oleh itu, tiada tarif akan dikenakan ke atas produk farmaseutikal ini sekiranya pembinaan sudah dimulakan,” katanya.

Tarif itu dijangka memberi kesan kepada negara seperti India, yang merupakan pembekal utama farmaseutikal ke AS.

Syarikat farmaseutikal Jerman juga bimbang kerana pasaran AS merupakan pasaran eksport terpenting mereka, merangkumi hampir satu perempat daripada jumlah eksport farmaseutikal Jerman.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Trump umum tarif 50 peratus ke atas kabinet dapur, set bilik air bermula 1 Oktober
Next: Sekurang-kurangnya 4 maut selepas ribut tropika Bualoi landa Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.