Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump umum kenaikan cukai import keluli, aluminium kepada 50 peratus
  • GLOBAL

Trump umum kenaikan cukai import keluli, aluminium kepada 50 peratus

Utusan Sarawak 3 days ago
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump berucap semasa perhimpunan di US Steel-Irvin Works pada 30 Mei 2025 di West Mifflin, Pennsylvania. Presiden Trump melawat kilang keluli tersebut selepas meluluskan penggabungan yang telah lama dicadangkan antara U.S. Steel dan Nippon Steel yang berpangkalan di Tokyo. Foto AFP

HAMILTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat mengumumkan kenaikan ketara terhadap tarif import keluli dan aluminium, menggandakan kadar sedia ada daripada 25 peratus kepada 50 peratus dalam usaha yang digambarkannya sebagai langkah melindungi industri tempatan.

“Hari ini, saya ada pengumuman besar.

“Kita akan melaksanakan kenaikan 25 peratus. Kita akan naikkan dari 25 peratus kepada 50 peratus bagi tarif import keluli ke Amerika Syarikat, yang akan lebih menjamin industri keluli negara ini.

“Tiada siapa dapat mengatasinya,” kata Trump ketika berucap pada perhimpunan di kemudahan US Steel di Pittsburgh, Pennsylvania.

LOGO US Steel kelihatan pada sebuah kenderaan yang membawa gulungan keluli semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat ke US Steel – Irvin Works di West Mifflin, Pennsylvania, pada 30 Mei 2025, bagi menandakan perjanjian antara Nippon Steel dan US Steel. Foto AFP

Trump berkata, peningkatan kadar itu bertujuan merapatkan jurang yang selama ini digunakan pesaing asing untuk mengelak tarif terdahulu, lapor Anadolu Ajansi.

“Jadi, kita naikkan daripada 25 peratus, kita gandakan kepada 50 peratus dan itu menutup laluan pintas,” katanya.

Kepada para pelabur dalam sektor keluli Amerika Syarikat, Trump berkata: “Pada kadar 25 peratus, mereka masih boleh melepasinya. Tapi dengan kadar 50 peratus, mereka tidak lagi mampu. Jadi tahniah kepada semua, dan kepada anda, kerana membuat tawaran yang hebat.”

“Saya katakan bahawa ‘tarif’ bagi saya adalah perkataan paling indah dalam kamus,” katanya.

Pengumuman itu dibuat semasa perhimpunan bagi meraikan “perjanjian blockbuster” antara Nippon Steel dan US Steel.

“Kita berada di sini hari ini untuk meraikan satu perjanjian besar yang akan memastikan syarikat Amerika yang bersejarah ini kekal milik Amerika,” katanya.

Menyifatkan Nippon Steel dari Jepun sebagai rakan kongsi yang hebat, Trump berkata: “Jepun adalah sahabat baik saya sepanjang saya menjadi presiden.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen penting itu, Nippon akan melabur sebanyak US$2.2 bilion bagi meningkatkan pengeluaran keluli di Mon Valley Works, katanya merujuk kepada loji pemprosesan keluli.

“Sebanyak US$7 bilion lagi akan digunakan untuk memodenkan kilang keluli, mengembangkan lombong bijih besi, serta membina kemudahan berteknologi tinggi di Indiana, Minnesota, Alabama dan Arkansas.

“Langkah ini dijangka mewujudkan dan mengekalkan lebih 100,000 pekerjaan untuk rakyat Amerika,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angka korban banjir di Nigeria meningkat kepada 88 orang
Next: Separuh penduduk dunia harungi cuaca panas melampau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.