Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Trump ucap tahniah kepada Manet atas kejayaan rundingan gencatan senjata di Malaysia
  • NASIONAL

Trump ucap tahniah kepada Manet atas kejayaan rundingan gencatan senjata di Malaysia

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyaksikan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (kiri) bersalaman dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai (kanan) selepas Mesyuarat Khas Bersama di Kompleks Seri Perdana, hari ini. Mesyuarat Khas peringkat tertinggi itu diadakan bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak susulan konfrontasi bersenjata antara kedua-dua negara. Foto BERNAMA

PHNOM PENH:  Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Manet atas kejayaan beliau memimpin rundingan gencatan senjata dengan Thailand pada Isnin.

Mesyuarat khas Thailand-Kemboja yang berlangsung di Putrajaya, Malaysia menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menghentikan permusuhan di sepanjang sempadan utara Kemboja.

Setakat tengah malam, tiada insiden tembakan dilaporkan di kawasan bergolak itu. 

“Sekembalinya saya ke Kemboja selepas rundingan gencatan senjata yang berjaya antara tentera Kemboja dan Thailand di Malaysia, saya menerima panggilan telefon daripada Presiden Donald Trump yang mengucapkan tahniah atas kejayaan rundingan gencatan senjata,” kata Manet menerusi satu hantaran di Facebook lewat malam Isnin.

Beliau berkata Trump turut bersetuju agar Amerika Syarikat terlibat dalam pemantauan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata berkenaan dan bekerjasama dengan mekanisme pemantauan yang diwujudkan oleh Malaysia.

“Beliau (Trump) berpandangan bahawa agar perjanjian ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan, perlu ada mekanisme pemantauan yang jelas oleh pihak-pihak berkaitan,” kata Manet.

Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai bersetuju menghentikan semua permusuhan selepas insiden pertempuran bersenjata tercetus antara tentera kedua-dua negara sejak 24 Julai lalu.

Manet turut merakamkan penghargaan kepada Trump atas peranan beliau yang mempercepatkan rundingan gencatan senjata serta kesediaan Amerika Syarikat menjadi penganjur bersama mesyuarat khas itu di Malaysia, menurut hantaran media sosial itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: Isu SST sektor pembinaan, perniagaan libatkan warga asing antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Next: Gaya baharu kepimpinan ASEAN: Diplomasi senyap Anwar hentikan konflik Thailand-Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.