Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Trump turunkan tarif Indonesia kepada 19% daripada 32% sebelum ini
  • BISNES

Trump turunkan tarif Indonesia kepada 19% daripada 32% sebelum ini

Utusan Sarawak 1 day ago

Donald Trump. Foto fail AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas barangan dari Indonesia di bawah satu perjanjian baharu dengan negara Asia Tenggara itu.

Sambil memberikan butiran terkini mengenai rancangan tarif terhadap ubat-ubatan, Trump berkata, lebih banyak perjanjian lain sedang dirancang dengan negara itu.

Trump mengumumkan perjanjian dengan Indonesia, yang merupakan rakan dagang yang agak kecil bagi AS, ketika beliau terus mendesak untuk mendapatkan syarat perdagangan yang lebih baik dan mengurangkan defisit perdagangan AS yang besar. 

Beliau juga berkata, surat yang menetapkan kadar tarif untuk berpuluh-puluh negara kecil lain akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Perjanjian dengan Indonesia adalah antara beberapa perjanjian yang telah dimeterai oleh pentadbiran Trump setakat ini menjelang tarikh akhir 1 Ogos ini, di mana tarif ke atas kebanyakan import AS dijangka meningkat lagi. 

Perjanjian ini dibuat ketika Kesatuan Eropah (EU), rakan dagang terbesar AS, bersiap sedia untuk melancarkan langkah balas sekiranya rundingan dengan Washington gagal.

AS mencapai pakatan perdagangan dengan Indonesia yang akan menyaksikan komitmen pembelian yang ketara berikutan rundingan untuk mengelak tarif yang lebih tinggi.

“Barangan Indonesia yang memasuki AS akan dikenakan tarif 19 peratus,” kata Trump dalam satu catatan di platform Truth Socialnya.

Ini jauh di bawah paras 32 peratus yang dinyatakan presiden sebelum ini.

“Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Indonesia komited untuk membeli AS$15 bilion dolar dalam (sektor) tenaga AS, AS$4.5 bilion dolar dalam produk pertanian Amerika, dan 50 jet Boeing, kebanyakannya 777,” tulis Trump.

Saham Boeing ditutup turun 0.2 peratus selepas pengumuman itu.

Pentadbiran Trump berada di bawah tekanan untuk memuktamadkan pakatan perdagangan, ketika negara-negara berunding dengan Washington untuk mengelakkan rancangan tarif presiden AS.

Tetapi Trump setakat ini hanya mendedahkan perjanjian lain dengan Britain dan Vietnam, di samping perjanjian untuk menurunkan sementara levi dengan China.

Minggu lalu, Trump memperbaharui ancaman levi 32 peratus ke atas barangan Indonesia, dengan menyatakan dalam surat kepada kepimpinan negara itu bahawa tarif baharu itu akan berkuat kuasa 1 Ogos.

Masih tidak jelas bila tahap tarif rendah yang diumumkan semalam akan berkuat kuasa untuk Indonesia. 

Tempoh untuk pelbagai pembelian dilakukan oleh Indonesia juga tidak dinyatakan.

Trump bercakap dengan Prabowo

Menurut Trump, di bawah perjanjian itu, yang dimuktamadkan selepas beliau bercakap dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, barangan yang dipindahkan untuk mengelakkan duti yang lebih tinggi akan menghadapi levi yang lebih tinggi. 

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu pemberita bahawa perjanjian lain sedang dirumus termasuk dengan India, sementara perbincangan dengan Kesatuan Eropah (EU) diteruskan.

Trump pada April mengenakan tarif 10 peratus ke atas hampir semua rakan dagangan sambil mengumumkan rancangan untuk akhirnya menaikkan kadar itu untuk berpuluh-puluh ekonomi, termasuk EU dan Indonesia.

Tetapi beberapa hari sebelum ia dijangka berkuat kuasa, beliau menunda tarikh akhir untuk tarif itu dikuatkuasakan, dari 9 Julai hingga 1 Ogos. Ini menandakan penangguhan kedua untuk levi itu.

Sejak awal minggu lalu, Trump menghantar surat kepada negara rakan dagangnya, menetapkan tahap tarif yang akan mereka hadapi pada mulai 1 Ogos.

Setakat ini, beliau menghantar lebih 20 surat seperti itu termasuk kepada EU, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia yang dikenakan tarif sebanyak 25 peratus. 

Kanada dan Mexico, kedua-dua negara yang pada asalnya tidak disasarkan dalam tarif “timbal balik” Trump pada bulan April juga menerima dokumen serupa yang menggariskan tarif dikemas kini untuk produk mereka.  – AFP

Continue Reading

Previous: KDNK suku kedua 2025 dijangka naik antara 4.5 hingga 5.5 peratus
Next: Kerajaan sentiasa pastikan sebarang perjanjian akan sokong pembaharuan ekonomi – Zafrul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.