Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Trump tangguh tarikh akhir TikTok buat kali ketiga tahun ini
  • MAHKAMAH

Trump tangguh tarikh akhir TikTok buat kali ketiga tahun ini

Utusan Sarawak 7 hours ago

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa menandatangani perintah eksekutif yang membolehkan TikTok terus beroperasi selama tiga bulan lagi sehingga 16 Disember, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik The Tech Portal.

Keputusan itu diumumkan selepas tarikh akhir terdahulu dijadual tamat pada 17 September, menandakan penangguhan kali ketiga sejak sekatan mula dirancang berkuat kuasa pada 19 Januari, sehari sebelum Trump kembali ke pejabat presiden.

Langkah dibuat susulan laporan bahawa Washington dan Beijing mencapai persetujuan awal mengenai masa depan operasi TikTok di AS.

Walaupun butiran penuh belum didedahkan, pegawai AS berkata perjanjian itu akan memindahkan kawalan perniagaan TikTok di Amerika kepada kumpulan pelaburan yang diterajui syarikat-syarikat AS.

Perjanjian dijangka dimuktamadkan selepas Trump dan Presiden China Xi Jinping mengadakan perbualan telefon pada 19 September.

Trump pada Selasa turut berkata sekumpulan syarikat Amerika akan membeli platform media sosial TikTok selepas beliau mencapai persetujuan dengan China bagi mengelakkan aplikasi itu ditutup di AS.

Pada Isnin, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata perunding telah mencapai rangka kerja perjanjian pemilikan TikTok, dengan Trump dan Xi dijadual berbincang pada Jumaat bagi meluluskan perjanjian itu.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Diari dan buku latihan Zara Qairina ditemukan di almari, rak buku – Saksi
Next: Zara Qairina menangis teriak ‘Wallahi, aku tidak mencuri bah’ – Saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.