Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump pilih Barrett ganti Ginsburg
  • GLOBAL

Trump pilih Barrett ganti Ginsburg

Utusan Sarawak 5 years ago
AMY CONEY BARRETT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mencalonkan Amy Coney Barrett yang merupakan pelantikan ketiga dibuat pentadbiran beliau untuk mengisi kekosongan di Mahkamah Agung.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan pemilihan hakim paling bijaksana dan berkhidmat dengan sangat cemerlang. Anda sangat layak untuk jawatan itu,” katanya ketika membuat pengumuman itu di Rumah Putih yang turut dihadiri Barrett, 48.

Difahamkan, Barrett akan menjadi wanita kelima berkhidmat di badan kehakiman tertinggi AS jika pencalonannya disahkan untuk menggantikan ikon liberal, Ruth Bader Ginsburg yang meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 18 September lalu.

Beliau juga bakal menjadi calon hakim Mahkamah Agung paling muda sejak Clarence Thomas yang berusia 43 tahun pada 1991. Pada 2017, Trump pernah melantik Barrett sebagai hakim mahkamah rayuan persekutuan di Seventh Circuit yang berpusat di Chicago. – AFP

Continue Reading

Previous: 15 maut van penumpang terbakar
Next: Sidang Kemuncak Pemimpin G20 diadakan 21–22 November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.