Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum 20 Januari – PM Qatar
  • GLOBAL

Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum 20 Januari – PM Qatar

Utusan Sarawak 6 months ago

Donald Trump

GENEVA: Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada, semalam berkata Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya pada 20 Januari depan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu temu bual dengan Sky News, Sheikh Mohammed mengesahkan bahawa Trump telah menyatakan dengan jelas akan hasratnya untuk melihat konflik di wilayah Palestin itu diselesaikan sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.

“Ya, beliau menyatakannya dengan jelas.

“Kami telah mendengar perkara ini daripada pasukannya, sekurang-kurangnya berdasarkan perbualan yang saya terbabit, bahawa mereka mahu perkara ini diselesaikan sekarang – hari ini juga,” kata Sheikh Mohammed.

Sebagai tokoh utama dalam rundingan itu, Perdana Menteri Qatar berkata, beliau memilih untuk tidak berkongsi banyak butiran bagi ‘melindungi proses berkenaan sebaik mungkin.’

“Kami cuba yang terbaik. Kami telah melakukan yang terbaik.

“Kami semua bersetuju dan kami berharap dapat mengatasi situasi ini sebelum Presiden (Trump) memulakan tugas, kerana kami mempunyai keutamaan untuk menstabilkan keadaan. Kami mempunyai keutamaan untuk memulihkan keselamatan serantau,” katanya.

Usaha pengantaraan yang diketuai AS, Mesir dan Qatar untuk mencapai perjanjian gencatan senjata serta pertukaran tawanan antara Israel dengan Hamas, gagal susulan keengganan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menghentikan peperangan.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 telah membunuh lebih 44,530 orang yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 105,500 lagi mengalami kecederaan. – BERNAMA-AA

Continue Reading

Previous: PM Perancis, Michel Barner disingkir dalam undi tidak percaya
Next: Jumlah orang kaya di dunia semakin meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.