
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadi datuk buat kali ke-11 susulan kelahiran bayi lelaki kepada anak perempuannya, Tiffany Trump, lapor agensi berita TASS.
“Selamat datang ke dunia, putera kecil kami, Alexander Trump Boulos. Kami menyayangimu lebih daripada kata-kata! Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami!” tulis Tiffany di platform X.
Beliau turut mendedahkan bayi itu dilahirkan pada 15 Mei 2025.
– Bernama