Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump isytihar beliau sebagai Pemangku Presiden Venezuela di media sosial
  • GLOBAL

Trump isytihar beliau sebagai Pemangku Presiden Venezuela di media sosial

Utusan Sarawak 6 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuat naik tangkap layar di platform media sosial miliknya, Truth Social, dengan mendakwa gelaran baharu untuk dirinya sebagai Pemangku Presiden Venezuela.

Langkah itu menyusul selepas pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, dilaporkan ditahan oleh tentera AS, di mana Trump kemudiannya mendakwa kepimpinan AS yang diterajui beliau kini mengawal keadaan di negara Amerika Latin itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Tangkap layar di Truth Social itu, yang diubah suai menyerupai biografi Wikipedia, menyatakan Trump sebagai Pemangku Presiden Venezuela bermula Januari 2026, di samping mengekalkan jawatan hakikinya sebagai Presiden AS.

Jawatan Pemangku Presiden Venezuela yang sah pada masa ini disandang oleh Delcy Rodriguez.

Sementara itu, Trump berkata beliau tidak menyedari mengenai tindakan Jabatan Kehakiman yang mengancam untuk mengenakan dakwaan jenayah terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell.

Terdahulu, Powell menyatakan bahawa Jabatan Kehakiman mengancamnya dengan pendakwaan jenayah susulan keterangan beliau di Senat berhubung projek jangka panjang pengubahsuaian bangunan bersejarah Rizab Persekutuan. Beliau menyifatkan ancaman itu sebagai tekanan daripada pentadbiran semasa.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenainya, tetapi beliau sememangnya tidak begitu mahir di Fed, dan beliau juga tidak mahir dalam pembinaan bangunan,” lapor NBC yang memetik kenyataan Presiden AS itu.

Sebelum ini, Trump berulang kali mengkritik Powell kerana kelewatan mengurangkan kadar faedah dan turut membayangkan kemungkinan untuk memecat Pengerusi Fed itu. Trump juga mendakwa tindakan Powell telah merugikan AS sebanyak trilion dolar dan menyifatkan projek pengubahsuaian itu sebagai antara yang paling tidak cekap dan korup dalam sejarah.- Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Continue Reading

Previous: Gunung Semeru meletus, hambur piroklas sejauh lima kilometer dari puncak
Next: Hujan berterusan sebabkan banjir beberapa kawasan di Jakarta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.