Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump enggan serah kuasa secara aman jika kalah
  • GLOBAL

Trump enggan serah kuasa secara aman jika kalah

Utusan Sarawak 5 years ago
TRUMP bertanding bagi mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya presiden pada 3 November depan.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam enggan untuk memberikan jaminan bahawa beliau akan menyerahkan kuasa jika kalah dalam pilihan raya November depan.

Kenyataan itu sekali gus dikritik oleh pencabarnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden dan seorang anggota Parti Republikan yang disertainya.

“Baik, kita akan melihat apa yang bakal terjadi,” kata Trump ketika ditanya dalam sidang akhbar Rumah Putih sama ada beliau komited dengan perkara paling asas dalam pemerintahan demokrasi di AS iaitu penyerahan kuasa jika berlaku perubahan presiden.

Biden yang menduduki tempat pertama dalam beberapa tinjauan pendapat Pilihanraya Presiden AS menyatakan perasaan tidak percayanya terhadap kenyataan tersebut.

“Apakah negara yang kita duduki sekarang ini?” Kata bekas Naib Presiden AS tersebut ketika ditanya komennya berhubung kenyataan Trump itu.

“Lihat, dia berkata perkara yang paling tidak rasional. Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan,” tambahnya lagi.

Senator daripada Parti Republikan, Mitt Romney berkata menerusi Twitter: “Asas kepada demokrasi ialah penyerahan kuasa secara aman tanpanya itulah Belarus.” Belarus dilanda satu siri tunjuk perasaan bagi membantah keputusan pilihan raya presiden yang berlangsung pada bulan Ogos lalu dan menyaksikan kemenangan Alexander Lukashenko sebagai presiden negara itu buat kali keenam.

Continue Reading

Previous: 10 mati dibunuh di Colombia
Next: Jepun longgarkan sekatan perjalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.