Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump didakwa berhubung kes bayar sejumlah wang untuk tutup mulut
  • GLOBAL

Trump didakwa berhubung kes bayar sejumlah wang untuk tutup mulut

Utusan Sarawak 2 years ago

Trump kelmarin didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem lucah.

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem ‘lucah’ , lapor Agensi Berita Xinhua.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.

“Presiden Trump didakwa. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah Amerika yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber.

Pejabat Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg dilaporkan akan menghubungi peguam Trump berhubung kes itu.

Bragg dan pembantunya telah menyiasat dakwaan yang mengatakan Trump ada membayar  sebanyak AS$130,000 kepada Stormy Daniels menjelang pilihan raya presiden 2016.

Bayaran itu bertujuan menghalang Daniels daripada mendedahkan kepada umum tentang dakwaan hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006.

Trump dari parti Republikan yang menjadi presiden AS. berkhidmat dari 2017 hingga 2021, menafikan dakwaan itu serta menolak sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.

Kes itu mendapat tumpuan memandangkan belum ada bekas presiden AS yang pernah didakwa atas pertuduhan jenayah apatah lagi tatkala Trump dikatakan mahu bertanding semula dalam pemilihan presiden akan dating. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Sistem imigresen di pintu masuk Singapura kembali beroperasi seperti biasa
Next: Tiga angkasawan akan terbang mengelilingi Bulan tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.