Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump dibawa keluar daripada majlis makan malam Rumah Putih kerana insiden keselamatan
  • GLOBAL

Trump dibawa keluar daripada majlis makan malam Rumah Putih kerana insiden keselamatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance ‘selamat dan dilindungi’ selepas mereka dibawa keluar secara tergesa-gesa daripada majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).             

Trump dan isteri Melania dibawa keluar pada malam Sabtu daripada majlis makan malam tahunan Koresponden Rumah Putih di Washington, DC, selepas insiden berkaitan keselamatan di acara itu.

Presiden dan pegawai pentadbiran peringkat tinggi yang duduk bersama beliau di meja utama diiringi keluar oleh ejen Perkhidmatan Rahsia sebagai sebahagian langkah keselamatan yang dipertingkatkan, manakala tetamu lain kekal di dalam dewan utama Washington Hilton.

Trump berkata penembak di majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih ‘telah ditangkap’

Menurut saksi, mereka mendengar bunyi kuat semasa majlis berkenaan.

“Kami sedang duduk dan kami mendengar bunyi ‘pop, pop, pop.’ yang kuat. Semua orang masuk ke bawah meja dan kami tidak tahu apa yang berlaku,” penyiar NewsNation memetik Kellie Meyer, wartawan Rumah Putih agensi itu.

EJEN Perkhidmatan Rahsia menjalankan rondaan di kawasan Rumah Putih susulan insiden yang berlaku pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Wartawan Rumah Putih pada 25 April di Washington, DC.
Menurut laporan, Presiden Donald Trump bersama pegawai kerajaan lain telah dipindahkan dari Washington Hilton selepas kedengaran bunyi yang dipercayai seperti tembakan. Foto AFP

Tetamu meja utama dibawa keluar dari pentas sebagai sebahagian langkah keselamatan, manakala tetamu lain kekal di dalam dewan.

Meyer berkata beliau melihat anggota Kabinet diiringi keluar dari tempat itu. 

Belum ada butiran lanjut mengenai kejadian atau sebarang kecederaan.

Hos Weija Jiang memaklumkan tetamu majlis akan disambung kemudian.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: British Airways beri amaran harga tiket mungkin meningkat susulan krisis bahan api
Next: Suspek insiden tembak di Rumah Putih dalam tahanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.